Pages

Backstabber?

Assalamualaikum


'Ini hanyalah sekadar pendapat saya, saya rasa...'

Aku bukan nak mengajar cara untuk memberi pendapat. Cuma hal ini kadang-kadang aku perlu fikirkan. Dalam memberi pendapat, secara amnya, ada beberapa aspek yang perlu difikirkan.

1. Suara
Nada suara semasa kita bercakap. Kadang-kadang kita susah nak baca orang sebab ada yang jenis memang semula jadi bersuara lantang, bersuara lembut atau kasar. Mungkin, ada orang yang suka mengeraskan sedikit suara tanda ingin menegaskan pendapat yang diberi.

2. Ayat
Bukan semua orang tahu menggunakan ayat yang elok, baik atau betul-betul bersesuaian dengan sesuatu situasi. Tapi kadang-kala penggunaan ayat yang kurang bersesuaian boleh menyebabkan pendapat kita ditolak.

3. Penerimaan
Cara penerimaan kita. Orang yang berhati-hati ketika menerima atau memberi pendapat, akan menjaga tingkah lakunya termasuklah gesture dan facial expression.

Cukup 3 dulu.

Jadi, aku tengah reflect diri aku sendiri. Aku rasa aku pun ada kekurangan dalam ketiga-tiga aspek ni. Tetapi, sekiranya ada manusia yang melontarkan pendapat dengan cara yang terbaik, walaupun aku mungkin tidak bersetuju, aku pasti menerima juga. Yelah, itu hanya pendapat dia. Kalau setuju ikut, kalau tak, tak perlu ikut. Sekiranya betul-betul tidak setuju, tak perlu rasanya untuk memberi jelingan tajam atau melontarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan.

Boleh berbalas pendapat, tapi perlu ingat bila orang kata:

'Itu hanya pendapat aku je.'

Bermakna, orang tu HANYA menyatakan pendapat, berniat untuk orang tahu apa yang dia fikir.
Bukan berniat untuk berbalah atau sebagainya. Tak setuju takpe, at least hormat pendapat orang lain. Biar bodoh mana pun pendapat orang tu, itu hal dia. 

Jadi, cuba tengok sekeliling korang, atau diri korang sendiri. Macam mana attitude kita kalau orang lain beri pendapat? Macam mana attitude kita kalau kita pulak yang beri pendapat? Macam mana attitude orang lain kalau kita beri pendapat.

Ye, memang. Kalau kita dah tak suka orang tu atau annoyed ke, memang kita tak boleh nak kontrol muka atau ayat kita. Kita mesti nak jadi diri sendiri, kan? Bukan hipokrit atau asyik nak jaga hati orang lain je.

Terpulanglah. Kalau rasa bersikap lebih baik itu pilihan korang dan aku, rasanya takkan terjejas sesuatu hubungan silaturahim/ ukhuwah antara teman-teman/ rakan sekerja/ keluarga dan lain-lain.

Wait...

Dan kenapa aku rasa macam aku ni backstabber dalam melontarkan pendapat? Aku rasa secara umumnya, seseorang itu memberi pendapat hanya mewakili diri sendiri. Melainkan dia kata;-

'Menurut padangan kami....'

Walau bagaimanapun, memangla, bukan semua pendapat kita boleh ambik. Kadang-kadang kita rasa pendapat orang tu atau pendapat kita useless giler. Tapi, yelah....


Stupid opinion is still an opinion
Stupid person is still a person
As long as we always want to learn
Even an opinion can be considered as a lesson


Anyway, kalau aku salah, maafkanlah aku. Aku hanya menyatakan apa yang aku fikir, rasa dan tahu. Cuma ingat, jangan rasa diri selalu betul. Tu je.

Stay humble, guys! :D

Zura Holmes

No comments:

Post a Comment

Your comments are welcomed.

Instagram