Assalamualaikum
Aku rasa macam aku merayau dalam separuh sedar.

*no motive idk*
Bila aku beli barang sorang-sorang, jalan sorang-sorang, aku rasa
melayang. Banyak benda aku fikir dalam kepala aku. Everything. Daripada
sekecil-kecil benda, sampai sebesar-besar masalah. Padahal sepatutnya aku patut
berhati-hati bila bersendirian. Tengok kiri kanan, check bag, check hp, duit,
ic, safety and everything la. Biasanya aku check last minute bila tiap kali aku
nak tinggalkan suatu tempat atau sebelum naik public transport.
Bila public transport sempit, barulah aku start conscious. Elak penyeluk
pocket atau bag. Aku pastikan beg aku berzip kemas and barangan beharga letak bahagian
yang paling dalam.
Alhamdulillah, setakat ini aku jalan bersendirian, aku okay je. Aku sebenarnya
takut jugak, tapi aku yakin Allah akan selalu tolong aku…everytime and
everywhere. Aku rasa kalau nak berjalan jauh, kita kena yakin giler giler
dengan Allah. Obviously sebab malang tak berbau, kan? Berdoa mintak
perlindungan daripada Allah tu amat amat perlu. Bila sampai di destinasi yang
dituju memang kena bersyukur. Even dalam perjalanan tu pun kita kena bersyukur
juga sebab perjalanan kita berjalan lancar. Semuanya berlaku dengan izin Allah,
tak gitu?
Bersangka baik pada Allah kalau ada musibah menimpa semasa perjalanan.
Walaupun kadang-kadang aku takut gile kalau ditimpa masalah masa tengah berjalan
jauh ni, tapi aku tetap berharap sangat-sangat moga Allah pegang hati aku
dengan baik. Anggap sebagai ujian.
Tapi kadang-kadang bila diuji dengan perangai orang sekeliling, aku pun
lemah jugak. Last-last termuntah jugak sumpah seranah. Kus semangat! Istighfar
aku nyah! Haha
Aku harap, sepanjang aku merantau kat negeri orang ni, dipermudahkan
segala urusan. Aku harap dapat berjumpa dengan orang yang sudi menolong dengan
ikhlas , berniat baik dan bersangka baik pada aku. Yelah, aku bukannya nak curi
barang ke apa ke. Hanya mahu bertanya jalan. Tak tanya sesat pulak, ye dak?
bila duk merantau byk pengalaman..=)
ReplyDeletehati2 kak ..
jemput singgah blog sy
InsyaAllah... memang pun, kalau kita berjalan, banyak kita tahu. :) At least kita tahu macam mana nak pegi sana sini kan? :D
Delete